Manja @ Mengada-Ngada ?
Saturday, September 22, 2012
Hello guys ! Today Kyna nak post something .
Ce baca tajuk "MANJA @ MENGADA-NGADA"
Okay , kebanyakan orang taktahu
perbezaan diantara MANJA dan MENGADA-NGADA .
Dan sekarang Kyna nak bagitahu korang semua .
Siapa yang tidak suka dirinya dibelai serta dilayanbagaikan puteri oleh kekasih hati.
Memang tidak salah untuk BERMANJA tambahan lagi dengan insan
TERSAYANG namun janganlah terlalu BERLEBIHAN dan KETERLALUAN
kerana itu bukan lagi BERMANJA tetapi MENGADA-NGADA.
Mungkin ada diantara kamu tidak sedar kamu sebenarnya
telah dikategorikan mengada-ngada.
Jadi sebelum terlewat lebih baik kamu perbaiki diri.Sebagai
panduan berikut adalah 10 perkara yang menunjukkan kamu sebenarnya mengada-ngada
dan bukannya manja:
1)Pura-pura bodoh walaupun kamu tahu penyelesaian
sesuatu masalah.
Kamu sengaja bersikap demikian atas alasan inginkan
perhatian dari kekasih kamu.
sesuatu masalah.
Kamu sengaja bersikap demikian atas alasan inginkan
perhatian dari kekasih kamu.
2)Menangis keterlaluan hanya kerana perkara remeh.
3)Merajuk tak tentu pasal.
4)Segala hal peribadi yang patut diselesaikan sendiri,
contohnya membayar bil telefon,mengambil baju di kedai
dobi dan sebagainya sengaja diserahkan kepada kekasih.
5)Setiap kali bercakap kamu tidak serius dan sentiasa
bercakap seperti kebudak-budakan.
6)Sering mereka-reka cerita atau menimbulkan masalah dengan
harapan kekasih kamu akan memberi perhatian yang lebih.
7)Setiap kali kamu minta untuk dibelikan sesuatu kamu akan
meminta sambil merengek-rengek seperti budak kecil.
8)Sekiranya si dia melayan teman-temannya lebih dari kamu
mulalah kamu akan menunjukkan muka masam
dan merajuk di depan teman-temannya.
9)Setiap kali keluar apa sahaja barang di tangan kamu
termasuklah tas tangan kamu diberikan pada si dia
untuk dipegang dengan alasan "berat".
10)Kamu menelefon si dia di tengah-tengah malam dan
mendesak si dia datang mengambilmu hanya
semata-mata kononnya rindu.
RISIKO YANG AKAN KAMU HADAPI:
1)Kekasih akan hilang hormat pada kamu.
2)Kamu akan kehilangannya.
3)Si dia bergantung harap pada orang lain.
Cara-cara supaya kekasih tidak berasa rimas dan tidak pergi meninggalkan kamu:
1)Belajar berdikari
2)Elakkan diri dari terlalu banyak meminta dan merengek-rengek
3)Berhenti sikap kebudak-budakan
4)Tidak terlalu bergantung pada si dia
5)Fahami si dia
BERUBAH SEBELUM TERLEWAT !